Friday, 17 May 2013

Rancangan Perniagaan Salun Kecantikan

RANCANGAN PERNIAGAAN
RINGKASAN PENILAIAN PROJEK
(Diisi dan dilengkapkan oleh pemohon)

A. Maklumat Am Pemohon .

1. Nama Syarikat/Firma   : NONAMA BEAUTY CENTRE
                                         (Firma milik tunggal)
2. Alamat & No. Tel  :  No. 123, Jalan Bersatu 123,
                                    Taman Bersatu
                                    48000 Rawang
3. Tarikh dan No. Pendaftaran  : 25 Julai 2001
                                                  01234567 - T
4. Tarikh Beroperasi  : 25 Ogos 2001 (Jangkaan)
5. Modal Sumbangan : RM43,600



6. Jenis Perniagaan   : Salon kecantikan
    Aktiviti : Perkhidmatan kecantikan dan rawatan kesihatan.
7. Milikan Modal  : 100 % Bumiputera      

B. PERIHAL PROJEK       

1. Aspek Teknikal     
a) Lokasi Projek

Buat masa ini, perniagaan dijalankan di rumah pemilik sahaja iaitu di Pandan Jaya, Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, pemilik akan memulakan perniagaan di premis yang baru disewa di  Taman Bersatu, Rawang setelah selesai proses ubahsuaian yang sedang dijalankan masa ini sejajar dengan usaha pemilik untuk memperkembang dan memperbesarkan perniagaan yang pada mulanya dijalankan secara kecilkecilan. Butir-butir premis baru , kadar sewa dan pemilikannya adalah seperti berikut:-









 
 Keluasan premis adalah 1400 kaki persegi. Keluasan ini sedah mencukupi untuk menempatkan semua peralatan serta dapat memberikan keselesaan. Susun atur peralatan adalah seperti langkaran pelan lantai yang dilampirkan. Rupa bentuk fizikal premis adalah seperti gambar-gambar yang dilampirkan.

Sehingga masa ini, pemilik telah mengeluarkan wang sebanyak RM 9,600 sebagai bayaran 3 bulan deposit sewa dan perjanjian sewa telah pun disempurnakan. Premis perniagaan yang berada di kawasan perniagaan  Taman Bersatu ini dianggap strategik kerana lokasinya menjadi tumpuan ramai pada setiap hari.

b) Mesin/Peralatan/Kelengkapan Penting Sediada

Walaupun pengusaha telah pun memulakan perniagaan secara kecilan dirumah beliau, namun beberapa peralatan sediada tidak akan dibawa ke tempat baru kerana kurang sesuai.














c) Mesin/Peralatan/Kelengkapan Yang Akan Dibeli dan Ubahsuai

Bagi memastikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan yang dapat memenuhi keperluan kebanyakan pelanggan, firma telah memutuskan untuk membeli peralatan-peralatan dan membuat ubahsuai seperti berikut







 Catatan  :      
i. Peralatan-peralatan diatas adalah peralatan yang lazim digunakan oleh  kebanyakan salon kecantikan seperti ini.

ii. Sebagai perbandingan harga, sebutharga daripada 3 orang pembekal telah diperolihi.  Pemilihan pembekal diatas adalah berdasarkan sebutan harga yang terendah. Tempoh sah sebut harga ialah selama 3 bulan.

iii. Spesifikasi untuk ubahsuai adalah seperti dilampirkan. Lee Lee Construction dipilih kerana syarikat ini menawarkan harga yang terendah. Tempoh sah sebut harga adalah selama 3 bulan.

iv. Syarat-syarat pembayaran kepada pembekal-pembekal diatas adalah seperti berikut:-




d) Carta alir proses pengeluaran bagi projek-projek yang bercorak perkilangan Setiap perkhidmatan kecantikan mempunyai cara dan kaedah rawatan yang tersendiri. Cara dan kaedah ini telah dijilidkan dalam buku manual rawatan kecantikan firma. Manual ini merupakan harta intektual firma yang mana merupakan resipi utama dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.  Manual ini tidak diedarkan bersama kertas rancangan perniagaan ini.

Walaubagaimanapun dokumen ini sedia untuk ditunjukkan kepada manamana pihak yang berkenaan apabila diperlukan.

 e)      Penggunaan bahan mentah utama dan pembekalnya

Dianatara bahan-bahan mentah utama adalah seperti berikut:-





Stok awalan yang diperlukan adalah sebanyak lebih kurang RM3,000, iaitu bersamaan dengan 1 bulan kegunaan. Syarat pembelian adalah secara tunai. Had minima pembelian tidak dikenakan oleh semua pembekal. Harga barang-barang diatas amat stabil dimana turun-naik harga tidak mudah berlaku.

2. Aspek Pasaran

a) Ciri-ciri Umum Produk/servis dan Pengguna .

Firma menjalankan perniagaan pusat rawatan kesihatan dan kecantikan serta khidmat perunding perkahwinan. Perniagaan firma termasuklah melangsing badan, mendandan rambut, rawatan muka dan biomagnetik (rawatan kesihatan yang menggunakan kombinasi akupunktur dan refleksologi), urutan tradisional (urutan biasa dan selepas bersalin), mandian SPA, dan juga persiapan perkahwinan seperti andaman, gubahan hantaran, sewaan baju pengantin, dan lain-lain lagi. 

Disamping menjalankan perkhidmatan yang tersebut diatas, firma juga ada menjual pelbagai produk-produk kecantikan dan kesihatan yang kebanyakannya adalah berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan wanita.  Firma dijangka akan dapat menarik minat ramai wanita untuk mencuba dan seterusnya menggunakan khidmat yang disediakan oleh firma. Ini kerana kecantikan merupakan idaman setiap wanita.

b) Pasaran Am

Penjagaan kesihatan dan kecantikan amatlah diambil  berat terutamanya oleh wanita-wanita moden masa kini yang amat mementingkan kesempurnaan diri. Ini adalah kerana wanita pada zaman ini banyak berkecimpung di dalam kerjaya profesional dan perniagaan sendiri yang setaraf dengan lelaki. Oleh sebab itu kebanyakan wanita amat mengambil berat tentang keterampilan diri masingmasing agar kelihatan muda, bergaya, sihat, ceria, dan yakin.

Perkembangan industri perkhidmatan kesihatan dan kecantikan pada masa ini adalah amat meyakinkan dan mempunyai prospek yang besar untuk terus berkembang maju selaras dengan peningkatan taraf wanita seperti yang tersebut diatas. Perkembangan Belanjawan 2002 yang memberikan kenaikan 10 % kepada kakitangan kerajaan dan bonus tahunan dengan kadar minima RM 1,000.00 juga dijangka akan memberi kesan positif kepada perkembangan industri ini.

Walaubagaimanapun, penglibatan usahawan bumiputera dalam industri ini adalah kurang berbanding dengan bukan bumiputera yang kebanyakannya dimonopoli oleh kaum Cina. Jika kita lihat dimerata tempat, adalah sukar untuk melihat perniagaan seperti ini yang diuruskan oleh usahawan bumiputera. Sedikit sebanyak, usaha pemilik untuk membuka perniagaan khidmat kesihatan dan kecantikan akan membuka mata masyarakat bumiputera untuk cuba bersaing dalam industri ini.

c)  Sasaran Pasaran Syarikat/firma
Pada peringkat awal perniagaan, fokus utama firma adalah tertumpu kepada pelanggan yang berada di kawasan Rawang, iaitu:

Taman Rawang Perdana 1 & 2,
Taman Bersatu,  
Taman Tun Teja, 
Kampong Melayu Batu 16 dan 
Kampong Kenanga. 

Secara amnya, populasi di kawasan-kawasan tersebut  didominasikan oleh penduduk bumiputera. Faktor ini akan memberikan kelebihan kepada firma untuk memenangi pelanggan-pelanggan dari kaum bumiputera. Oleh itu, lokasi yang dipilih oleh pemilik bagi menjalankan perniagaannya adalah baik dan berpotensi besar untuk berjaya.

Lokasi firma berada di kawasan komersial Taman Bersatu yang berhampiran dengan pusat-pusat perniagaan, perkembangan komersil, klinik pusat beli belah akan memberikan peluang yang besar untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Pelangan-pelangan yang disasarkan mempunyai ciri-ciri berikut:-      

i. Wanita berumor diantara 18 – 45 tahun.
ii. Wanita bekerja.

Populasi pelanggan sasaran didalam kawasan pasaran adalah seperti berikut:-

 

 Nota : (*) 40% dari bilangan rumah dianggar didiami oleh penghuni berkeluarga.

 20% dari bilangan penghuni berkeluargan dianggarkan mempunyai ciri-ciri pelanggan sasaran firma.

Anggaran pendapatan firma adalah seperti berikut:-



Ulasan : Anggaran adalah berdasarkan kepada jumlah minima pelanggan yang datang untuk 26 hari dalam sebulan. Bayaran perkhidmatan adalah anggaran bayaran minima yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan. Buat permulaan, hanya aktiviti ini sahaja yang dijalankan. Walaubagaimanapun, apabila aktivitiaktiviti seperti persediaan perkahwinan, andaman, dan lain-lain mula dijalankan, anggaran pendapatan firma  dijangka akan meningkat lagi.

Diandaikan seorang pelanggan sasaran datang mendapatkan satu jenis perkhidmatan dalam masa sebulan. Daripada bilangan  pelanggan sasaran diatas, didapati ianya lebih daripada mencukupi untuk menghasilkan pendapatan diatas.

d) Strategi Pasaran firma

Diantara strategi-strategi adalah seperti berikut :

i. Mempertingkatkan mutu perkhidmatan di premis yang baru. Mutu perkhidmatan akan lebih professional memandangkan perniagaan sudah dijalankan di tapak perniagaan yang sesuai, tidak lagi di rumah seperti sebelumnya.

ii. Memperluaskan kaedah rawatan dengan alat-alat moden. Campuran antara rawatan tradisional dan moden.

iii. Menambah lebih banyak pakej-pakej menarik dengan harga yang lebih murah.

iv. Menjalankan promosi secara “Pelanggan Bawa Pelanggan”. Setiap pelanggan yang membawa pelanggan lain untuk mendapatkan perkhidmatan ini, si pembawa akan dapat satu perkhidmatan secara percuma.

v. Mempelkenalkan kad keahlian dimana setiap ahli akan mendapat potongan keatas bayaran perkhidmatan. Khidmat bimbingan kecantikan dan keterampilan akan diberi secara percuma kepada ahli.

vi. Perkhidmatan akan diberikan dengan penuh beretika dan mengamalkan tahap professionallisma yang tinggi. Motto perniagaan “Kecantikan - Hanya Sentuhan dari Professional”.

vii. Menyediakan perkhidmatan dan pilihan yang lebih banyak kepada bakal-bakal pengantin yang ingin menggunakan khidmat firma.

viii. Mengamalkan sistem booking atau prior appointment untuk mengelakkan pelanggan terlalu lama menunggu. 

Dengan menjalankan strategi-strategi yang telah dikenalpasti diatas, firma dijangka akan dapat berkembang dengan baik, dapat menambah pelanggan, dan dapat memberikan perkhidmatan professional yang efektif.

e) Pesaing-pesaing 

Firma dianggap sebagai bertuah kerana hanya mempunyai satu pesaing terdekat sahaja iaitu Pusat Persolekan Lily. Walaubagaimanapun, pesaing hanya menjalankan perniagaan kecantikan muka sahaja dan ini tidak begitu menjejaskan perniagaan firma.  Strategi-strategi yang telah dirancangkan diatas dijangka telah memadai untuk bersaing dengan pesaing ini.


3. Aspek Pengurusan

a) Carta Organisasi





Pada masa ini, firma diuruskan oleh Puan Nonama sendiri sebagai Pengurus. Beliau dibantu oleh tiga orang kakitangan yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersendiri iaitu langsingan badan dan biomagnetik, kecantikan muka, dan perbidanan dan urutan. Firma dijangka akan mengambil dua orang pekerja lagi apabila perniagaan firma beroperasi sepenuhnya kelak.

b) Latarbelakang Pengarah/Pemegang Saham/Ahli Kongsi

Nonama bt. Abdullah

Pengurus

Beliau berusia 33 tahun, berkelulusan Diploma Lanjutan Pentadbiran Perniagaan daripada University Of Central Lancashire, UK pada  tahun 1994, dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Middlesex University, UK pada tahun 1997. Pemilik berpengalaman bekerja selama 13 tahun bersama Bank

Bumiputra Malaysia Berhad sebagai :

i. 1982-1988 Kerani di Jabatan Trade Finance

ii 1988-1990 Setiausaha kepada Ketua Jabatan 

 iii. 1990-1991 Setiausaha kepada Pengurus 

 iv. 1991-1994 Penyelaras Kursus di Unit Khas 

 v. 1994-1995 Pegawai Kredit di PWTC

 vi. 2000-kini Supervisor di Retail Service Outlet, 

Information & Recovery
Cawangan Kuala Lumpur
Bumiputera, Small Business Department
Bumiputra-Commerce Bank
Beliau amat berminat didalam industri ini dan telah membuat perniagaan secara kecil-kecilan dirumahnya sendiri sebelum memohon pembiayaan daripada Bank ini. Walaubagaimanapun, beliau masih bekerja tetap  di Bumiputra-Commerce Bank Berhad dan dijangka akan menamatkan perkhidmatannya sejurus selepas permohonan pinjamannya diluluskan untuk memberikan  tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan.

Tugas utama beliau ialah membuat kerja-kerja pentabdiran, pemasaran, perakaunan dan pengurusan operasi lain.

c) Latarbelakang Pengurus dan Penyelia (ahli pengurusan)

 i. Sharifah Aminah - Melangsing Badan & Biomagnetik .

Beliau berpengalaman selama lima tahun di dalam bidang perampingan dan melangsingkan badan. Di firma ini, beliau bertanggungjawab kepada pelanggan yang inginkan rawatan melangsing badan dan biomagnetik.

 ii. Shamsiah Mohamad - Bidan  .

Beliau berumur 56 tahun dan merupakan ibu kepada pemilik, iaitu Pn. Nonama. Berpengalaman sebagai bidan selama 20 tahun dan bertanggungjawab bagi urutan tradisional, rawatan bersalin, dan rawatan bersunat untuk bayi perempuan.

 iii. Norisah Abdullah – Kecantikan Muka

Beliau berpengalaman selama dua tahun dalam bidang  persolekan dan bertanggungjawab kepada pelanggan firma yang inginkan khidmat persolekan dan kecantikan muka.

d)  Latarbelakang Kakitangan Utama/mahir























 4. Aspek Kewangan

a. Aset, Tanggungan & Ekuiti.

i. Jumlah Harta (Kos Projek)















Analisa/Penjelasan :

a) Prestasi Masa Lalu
    Tiada

b) Prestasi Jangkaan

i) Firma dijangka dapat mencatatkan jualan sebanyak RM 432,740.00 pada tahun pertama. Purata jualan sebanyak RM 36,062.00 sebulan adalah bersesuaian dengan perniagaan firma yang masih baru.. 

ii) Syarikat dijangka mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM 78,821.00 pada tahun pertama operasi diikuti dengan RM 77,891.00 dan RM 84,610.00 pada tahun kedua dan ketiga. Ini memberikan pulangan atas pelaburan yang amat menarik.

iii) Unjuran aliran wang tunai menjangkakan firma mempunyai lebihan wang tunai yang mencukupi untuk membayar faedah serta pokok pinjaman.

iv) Kedudukan unjuran keatas nisbah semasa menjangkakan firma berkeupayaan untuk membayar semua hutang semasanya dengan selesa. Dengan ini masalah ketidaktunaian dijangka  tidak akan berlaku.

v) Kedudukan unjuran titek pulangan modal berada pada tahap sekitar 70% daripada jualan menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh firma mempunyai nilai sumbangan yang tinggi.

5.0 SENARAI CAGARAN
      (Tertakluk kepada syarat-syarat jaminan di bawah skim ini)

 i) Perjanjian Pinjaman di antara Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad dengan pemohon.




 Tanah ini telah pun dinilaikan oleh Juru nilai Rahim & Co. Laporan penilaian adalah seperti yang dilampirkan. Anggaran nilai cagaran daripada tanah ini adalah seperti berikut:-
    Harga pasaran  - RM130,000
   Harga jualan paksa  - RM104,000
   Nilai cagaran  (80%)  - RM83,200 
   Lindungan cagaran  - 62%.

   Dua orang penjamin akan digunakan untuk menampung pinjaman yang tidak dilindungi oleh cagaran daripada tanah.

c) Jaminan pihak ketiga oleh :-







*Pendapatan bersih penjamin di atas adalah seperti   berikut :-

Nama Penjamin : Ali bin Yasin



Nama penjamin : Zakaria bin Ahmad








6.0 JADUAL PENGELUARAN WANG (ANGGARAN)

 Pengeluaran Pertama  : Ogos 2001
 Pengeluaran Terakhir  : Disember 2001

7.0 SENARAI LAMPIRAN .

i. Daftar perniagaan
ii. Sebut harga peralatan dan ubahsuai
iii. Pelan susun atur
iv. Gambar premis
v. Unjuran untung/rugi
vi. Unjuran aliran wang tunai
vii. Unjuran neraca kira-kira
viii. Laporan penilian tanah
ix. Borang penjamin

No comments:

Post a Comment